Monday, December 5, 2011

RENDANG AYAM MINANG


Bahan-bahan:1.5kg ayam - dipotong kecil
1kg santan
100gm kerisik
400gm rempah kari ayam
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:100gm bawang merah
100gm cili padi
100gm cili kering
50gm kunyit hidup
50gm halia
80gm lengkuas
4 batang serai

Cara memasak:1. Masukkan ayam bersama bahan kisar ke dalam periuk dan juga rempah kari.
2. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
3. Kemudian masukkan santan dan biarkan hingga kuahnya sedikit kering.
4. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Biarkan hingga kuahnya pekat dan taburkan hirisan daun kunyit ke atasnya.
6. Angkat dan hidangkan.

Source : Majalah Rasa on9
Comment : Aii slalu siapkan bahan2 utk rendang bila time nak raya.. tp yg memasak, kakak aii.. hehe.. dlm erti kata yg lain, aii tak pandai masak rendang. Hopefully dengan adanya resepi yg RASA kongsikan ni.. aii boleh lah masak rendang kemudian ari.. biar kakak aii rehat plak... huhu

No comments: