Tuesday, May 14, 2013

Carbonara Mushroom Spagetti

Selamat Petang semua...

Dah lama rasanya Dapur Kayu Acik Na ni xberasap. Sibuk dengan perkara lain. Kalau masak pun, menu yang biasa2 je..

Kelmarin, letih camna pon terpaksa masak. Sebabnya ada request dari anak2. Nak makan spagetti.

Mudah aje buat spagetti carbonara ni. Semudah ABC.. hehe..

Apa yg diperlukan adalah :

Spagetti halus (direbus)
Sos Carbonara Mushroom Preggo (1 Tin)
Seasoning Italiano
Minyak Zaiton
Bawang putih
Tomato
lobak (nak tambah sayur lain pon boleh)
bebola daging
Hirisan daging ayam
Garam
Perasa (jika perlu)

Cara-caranya:

Sos carbonara dimasukkan kedalam periuk. kemudian campurkan sedikit air masak. Hidupkan api yg sederhana dan kacau perlahan2.

Panaskan kuali dengan minyak zaiton. Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan bebola daging dan hirisan daging ayam. Tunggu seketika. Taburkan seasoning italiano dan sedikit garam. Biarkan seketika sebelum masukkan lobak yg telah siap dihiris. Akhir sekali masukkan tomato tapi selepas padam api dapur.

Spagetti yg telah direbus dan ditos, dimasukkan kedalam mangkuk. Masukkan bahan2 yg digoreng td, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan kuah yang telah dipanaskan tadi. Gaul.

Siap utk dimakan.

ps :
1. Boleh jika xnak gaulkan dengan sos dan campur sos bila nak makan je
2. sayur yang boleh dicampur adalah brokoli dan cendawan
3. nak lg sedap, jgn lupa daun pasley

♡ini cara acik Na..cara anda bagaimana pula?♡

;o) Selamat mencuba!