Thursday, July 14, 2011

Shi Take Pasta Wif Prawn & Hashbrowns

Salam...

Dengan penuh keazaman dan semangat yang sangat2 tinggi utk memasak smalam, Acik nak dapat menyiapkan satu menu yang sangat mudah disediakan. Kalo dlm N3 sblm ni Acik Na kata nak masak Pasta Mix wif Jelly Mushroom & Grill Prawn.... tak jadi lah pulak sbb Acik Na kejar masa. Sebab dek bola (arsenal vs Msia), jalan nak kerumah Acik Na jem. Sgt2 dasat jem nya. So sampai umah agak lewat dari kebiasaan. Nak grill bagai, aduhai.. lambat! kol bape je Acik Na nak masak, dan kol bape je insan2 tersayang Acik Na nak makan?? Cuba habaq mai...  :)

So Acik Na ubah resepi... Acik Na masak Shi Take Pasta Wif Prawn & Hashbrowns. Shi Take tu sebut Shi Teyki ye... Nak tau apa bahan2 dan cara memasaknya?? Ok .. jom ikot Acik Na kedapo....

Bahan2nya :
  1. Pasta
  2. Olive Oil
  3. Daun pastri
  4. Bawang merah - Sebiji (dicincang lumat @ disagat)
  5. Bawang putih - 4 ulas (dicincang lumat @ disagat)
  6. Kicap biasa - 1 sudu
  7. Serbuk Lada putih
  8. Garam secukup rasa
  9. Perasa (jika perlu)
  10. Italian Seasoning
  11. Sosej (ikot suka nak byk mana)
  12. Cendawan Shi Take (ikot suka gak nak byk mana)
  13. Air - 1 mangkuk kecil
  14. Hashbrowns segera -jumlah ikot suka
Cara2 memasaknya :

Pasta
- Rebus pasta utk beberapa minit.
- Jgn lupa masukkan olive oil dalam satu@dua sudu besar supaya pasta tak melekat.
- Angkat dan tos kan.
- Letak dlm mangkuk besar. Masukkan olive oil dalam satu sudu. Gaul. Utk mencantikkan dan melembutkan pasta.
- Biarkan seketika dan diketepikan.

Udang
- Diperap bersama bawang putih, bawang merah, serbuk lada putih, garam, kicap & Italian Seasoning.
- Letak perasa jika mahu@perlu
- Perap dalam tempoh 10 minit.
- Panaskan olive oil dalam 1@2 sudu.
- Goreng Udang. Tp jgn lama2 sgt. Bila udang ekor udang dah bertemu kepalanya, maknanya ia dah cukup masak. Jgn masak udang terlalu lama. Nanti udang tu keras dan air dlm udang tu kering.
- Bila dah cukup masak, masukkan udang tadi didalam mangkuk yang mengandungi pasta.
- Gaul rata2.
- Biarkan seketika

Inti Pasta
- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
- Masukkan cendawan shi take, sosej dan jugak daun pastri
- Kacau. Biarkan seketika
- Tunggu naik sosej dan sosej masak, masukkan air dalam 5 sudu besar (kalau nak pasta lebih lembab lagi.. masukkan air lebih sket...)
- Masukkan garam & perasa (jika mahu. Bergantung pada rasa masing2)
- Biarkan seketika.
- Tutup api. Masukkan bahan2 tersebut kedalam pasta tadi dan gaul rata2.

Hashbrown
- Jika Hashbrown dari tempat beku, goreng selama 3 minit atau kekuningan. Pastikan minyak betul2 panas dan kulit hashbrown garing sket. Tapi jangan lama2 sangat. Tak sedap pula nanti.

Siap kesemuanya. Boleh lah dihidangkan.

Makan time panas2. Pasta dimakan bersama Hashbrown. Mgkn pelik, tapi ia suatu pengalaman yang unik utk dicubai...

Selamat Mencuba! :)

Wednesday, July 13, 2011

Spaghetti Mushroom wif Black Paper Fried Chicken

Selamat Petang!
Wa ceh... nama menu kali ni dlm bahasa inggeris lak.. hehe... Kalo di aleh bahasakan, maka jdlah Spagetti Cendawan dengan Ayam Goreng Lada Hitam. Resepi kali ni Acik Na timbul secara tiba2 ms Acik Na kuar g beli barang smalam. Ni pun inspirasi dari citer MasterChef Australia yg Acik Na tgk. Bape kali Acik Na try utk buat resepi peserta MasterChef, tp tak menjadi. So, Acik Na terpk, Y not, kalo Acik Na bikin resepi sendiri. Cook from bottom of  my heart. Sure menjadi. Dan yg penting, kena ngan selera Acik Na sekeluarga.

Mlm tu, Acik Na terus sediakan bahan2nya. Mmg mudah dan cepat.... Tak perlu tunggu lama. Since resepi tu menjadi dan family members Acik Na sangat2 suka, so Acik Na nak abadikan resepi tu kat sini supaya Acik Na tak lupa. Maklumlah, Acik Na ni pelupa. Urat banyak sangat putus. Hehe....

Bahan2 & Cara utk menyediakan Spagetti
  1. Spagetti halus. Direbus utk beberapa minit sahaja. Jgn lupa letak minyak zaitun sket supaya spagetti tak melekat. Kalo takde, letak minyak biasa pun buleh gak. TP digalakkan guna minyak zaitun lah ye.(Saiz spagetti tu  terpulang pd uols lah ye. Kalo suka yg besar2 tu..buleh aje. sama je kan..)
  2. Bila rasa2 dak ok, toskan. Letak tepi.
Sosnya pula:

  1. Untuk sosnya pula, guna kan saja sos cendawan Frego. Panaskan. Kalau nak tambah bahan, terpulang pada masing2. Nak cairkan sket pun buleh. Kalo nak biarkan pekat dan likat mcm asal, pun takpe. Ikot selera masing2 ye.
Bahan2 Ayam Goreng Lada Hitam:

  1. Ayam 6 ketul (jumlah ikot suka)
  2. Bawang merah - 1 biji (disagat)
  3. Bawang putih - 4 ulas (disagat)
  4. Lada hitam
  5. Garam
  6. Serbuk Perasa (jika perlu)
  7. Kicap biasa - 1 1/2 sudu  kecil.
  8. Gaulkan semua bahan dan biarkan perap selama 10-15 minit. (Perhatian: baki bahan2 yg digaul utk ayam ni tadi jgn dibuang. Ia akan digunakan ketika menggoreng cendawan tambahan)
Cara Memasak :
  1. Panas kan minyak.
  2. Gorengkan ayam. Pastikan api dalam keadaan sederhana besar supaya isi ayam cukup masak
  3. Toskan dan boleh dihidangkan.
Cendawan tambahan utk Spagetti :

  1. Gunakan Cendawan Jelly. Potong sederhana nipis
  2. Tumiskan bawang putih dan baki bahan2 yang digaul utk ayam tadi.
  3. Masukkan cendawan. Tidak perlu masukkan garam atau bahan perasa lain sbb baki bahan2 yg digaul dengan ayam tadi sudah lengkap.
  4. Biarkan seketika
  5. Selesai, taburkan cendawan jelly tersebut diatas spagetti. Acik Na tak campurkan dan gaulkan bersama spagetti kerana taknak rasa spagetti tu hilang dengan rasa2 cendawan tu.
Siap semua, bolehlah dihidang. Macam ni....

Nak lagi sedap, taburkan daun pastry (lupa beli daaa) dan jugak Italy Seasoning...terangkat u...!
Mudah kan... btw, tak perlu ada CHEESE ok... Sesuai utk budak2 jugak...
Selamat Mencuba!

Wednesday, July 6, 2011

Kueh Tiaw Goreng Vege Ala Acik Na

Kueh Tiaw Goreng Vege Acik Na

Dah lama dapor Acik Na tak berasap. Bukan sbb malas, tp kesuntukan masa yang membuatkan Acik Na tak berkesempatan utk memasak.
Tp wiken yg lepas Acik Na dapatlah memasak utk keluarga..walaupun sehari. hehe... Cuma Acik Na lupa pulak nak amek gambar lauk pauk yg Acik Na masak tu.
Utk N3 kali ni, Acik Na bg kongsi je resepi bagi menu yg Acik Na sediakan utk sarapan. Tp ni sarapan utk orang yg sangat2 MALAS dan hentam kromo je ye.. hehe... Kalo uols malas, buleh lah cuba...kalo rajin tu, cuba lah wat menu yg lebih sedap lagi mencabar ye.. hehehhehehe.. tp kalo nak cuba jugak, buleh je.

Bahan2...
Kueh tiaw (segenggam je..)
Taugeh satu mangkuk sederhana (kalo tak minat, letak sket pun buleh)
Brokoli (potong ikot suka.)
Fish ball (biarkan bulat. JGN potong.Tak best. Tak Stim..hehe)
Cili kering (ditumbuk tak perlu hancur. Nakkan warna dan rasa cili je sket)
Bawang putih (dicincang . JGN tumbuk ok)
Bawang merah 3/4 biji (dicincang. JGN tumbuk gak)
minyak (2 sudu kecik)
Garam
Perasa (kalau nak isi)
air (1 sudu besar)

Cara Memasaknya:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih + bawang merah yg dah dicincang tu sampai naik bau. Biarkan garing sket. GARING ye.. bukan HANGUS. Make sure api dapor tu sederhana.
  3. Masukkan Cili yg ditumbuk td. Biarkan seketika.
  4. Masukkan air dan garam. Kacau dan biarkan seketika. (kalo ada yg nak ubuh perasa, ubuh skali time ni ye...)
  5. Masukkan Fishball. Kacau. Biar seketika
  6. Masukkan Brokoli. Kacau. Biar seketika.
  7. Masukkan kueh tiaw. Kacau. Biar seketika.
  8. Masukkan taugeh. Kacau. Biarkan seminit dua. Pastu tu tutup api.
  9. Sedia dimakan....
Lebih lengkap bila pekena teh o panas... ulala....hihikhik!
Selamat Mencuba!

ps: Tak ada paksaan utk anda suka dengan menu ni ataupun tak ye... :)