Wednesday, July 13, 2011

Spaghetti Mushroom wif Black Paper Fried Chicken

Selamat Petang!
Wa ceh... nama menu kali ni dlm bahasa inggeris lak.. hehe... Kalo di aleh bahasakan, maka jdlah Spagetti Cendawan dengan Ayam Goreng Lada Hitam. Resepi kali ni Acik Na timbul secara tiba2 ms Acik Na kuar g beli barang smalam. Ni pun inspirasi dari citer MasterChef Australia yg Acik Na tgk. Bape kali Acik Na try utk buat resepi peserta MasterChef, tp tak menjadi. So, Acik Na terpk, Y not, kalo Acik Na bikin resepi sendiri. Cook from bottom of  my heart. Sure menjadi. Dan yg penting, kena ngan selera Acik Na sekeluarga.

Mlm tu, Acik Na terus sediakan bahan2nya. Mmg mudah dan cepat.... Tak perlu tunggu lama. Since resepi tu menjadi dan family members Acik Na sangat2 suka, so Acik Na nak abadikan resepi tu kat sini supaya Acik Na tak lupa. Maklumlah, Acik Na ni pelupa. Urat banyak sangat putus. Hehe....

Bahan2 & Cara utk menyediakan Spagetti
  1. Spagetti halus. Direbus utk beberapa minit sahaja. Jgn lupa letak minyak zaitun sket supaya spagetti tak melekat. Kalo takde, letak minyak biasa pun buleh gak. TP digalakkan guna minyak zaitun lah ye.(Saiz spagetti tu  terpulang pd uols lah ye. Kalo suka yg besar2 tu..buleh aje. sama je kan..)
  2. Bila rasa2 dak ok, toskan. Letak tepi.
Sosnya pula:

  1. Untuk sosnya pula, guna kan saja sos cendawan Frego. Panaskan. Kalau nak tambah bahan, terpulang pada masing2. Nak cairkan sket pun buleh. Kalo nak biarkan pekat dan likat mcm asal, pun takpe. Ikot selera masing2 ye.
Bahan2 Ayam Goreng Lada Hitam:

  1. Ayam 6 ketul (jumlah ikot suka)
  2. Bawang merah - 1 biji (disagat)
  3. Bawang putih - 4 ulas (disagat)
  4. Lada hitam
  5. Garam
  6. Serbuk Perasa (jika perlu)
  7. Kicap biasa - 1 1/2 sudu  kecil.
  8. Gaulkan semua bahan dan biarkan perap selama 10-15 minit. (Perhatian: baki bahan2 yg digaul utk ayam ni tadi jgn dibuang. Ia akan digunakan ketika menggoreng cendawan tambahan)
Cara Memasak :
  1. Panas kan minyak.
  2. Gorengkan ayam. Pastikan api dalam keadaan sederhana besar supaya isi ayam cukup masak
  3. Toskan dan boleh dihidangkan.
Cendawan tambahan utk Spagetti :

  1. Gunakan Cendawan Jelly. Potong sederhana nipis
  2. Tumiskan bawang putih dan baki bahan2 yang digaul utk ayam tadi.
  3. Masukkan cendawan. Tidak perlu masukkan garam atau bahan perasa lain sbb baki bahan2 yg digaul dengan ayam tadi sudah lengkap.
  4. Biarkan seketika
  5. Selesai, taburkan cendawan jelly tersebut diatas spagetti. Acik Na tak campurkan dan gaulkan bersama spagetti kerana taknak rasa spagetti tu hilang dengan rasa2 cendawan tu.
Siap semua, bolehlah dihidang. Macam ni....

Nak lagi sedap, taburkan daun pastry (lupa beli daaa) dan jugak Italy Seasoning...terangkat u...!
Mudah kan... btw, tak perlu ada CHEESE ok... Sesuai utk budak2 jugak...
Selamat Mencuba!

No comments: