Dengan penuh keazaman dan semangat yang sangat2 tinggi utk memasak smalam, Acik nak dapat menyiapkan satu menu yang sangat mudah disediakan. Kalo dlm N3 sblm ni Acik Na kata nak masak Pasta Mix wif Jelly Mushroom & Grill Prawn.... tak jadi lah pulak sbb Acik Na kejar masa. Sebab dek bola (arsenal vs Msia), jalan nak kerumah Acik Na jem. Sgt2 dasat jem nya. So sampai umah agak lewat dari kebiasaan. Nak grill bagai, aduhai.. lambat! kol bape je Acik Na nak masak, dan kol bape je insan2 tersayang Acik Na nak makan?? Cuba habaq mai... :)
So Acik Na ubah resepi... Acik Na masak Shi Take Pasta Wif Prawn & Hashbrowns. Shi Take tu sebut Shi Teyki ye... Nak tau apa bahan2 dan cara memasaknya?? Ok .. jom ikot Acik Na kedapo....
Bahan2nya :
- Pasta
- Olive Oil
- Daun pastri
- Bawang merah - Sebiji (dicincang lumat @ disagat)
- Bawang putih - 4 ulas (dicincang lumat @ disagat)
- Kicap biasa - 1 sudu
- Serbuk Lada putih
- Garam secukup rasa
- Perasa (jika perlu)
- Italian Seasoning
- Sosej (ikot suka nak byk mana)
- Cendawan Shi Take (ikot suka gak nak byk mana)
- Air - 1 mangkuk kecil
- Hashbrowns segera -jumlah ikot suka
Pasta
- Rebus pasta utk beberapa minit.
- Jgn lupa masukkan olive oil dalam satu@dua sudu besar supaya pasta tak melekat.
- Angkat dan tos kan.
- Letak dlm mangkuk besar. Masukkan olive oil dalam satu sudu. Gaul. Utk mencantikkan dan melembutkan pasta.
- Biarkan seketika dan diketepikan.
Udang
- Diperap bersama bawang putih, bawang merah, serbuk lada putih, garam, kicap & Italian Seasoning.
- Letak perasa jika mahu@perlu
- Perap dalam tempoh 10 minit.
- Panaskan olive oil dalam 1@2 sudu.
- Goreng Udang. Tp jgn lama2 sgt. Bila udang ekor udang dah bertemu kepalanya, maknanya ia dah cukup masak. Jgn masak udang terlalu lama. Nanti udang tu keras dan air dlm udang tu kering.
- Bila dah cukup masak, masukkan udang tadi didalam mangkuk yang mengandungi pasta.
- Gaul rata2.
- Biarkan seketika
Inti Pasta
- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
- Masukkan cendawan shi take, sosej dan jugak daun pastri
- Kacau. Biarkan seketika
- Tunggu naik sosej dan sosej masak, masukkan air dalam 5 sudu besar (kalau nak pasta lebih lembab lagi.. masukkan air lebih sket...)
- Masukkan garam & perasa (jika mahu. Bergantung pada rasa masing2)
- Biarkan seketika.
- Tutup api. Masukkan bahan2 tersebut kedalam pasta tadi dan gaul rata2.
Hashbrown
- Jika Hashbrown dari tempat beku, goreng selama 3 minit atau kekuningan. Pastikan minyak betul2 panas dan kulit hashbrown garing sket. Tapi jangan lama2 sangat. Tak sedap pula nanti.
Siap kesemuanya. Boleh lah dihidangkan.
Makan time panas2. Pasta dimakan bersama Hashbrown. Mgkn pelik, tapi ia suatu pengalaman yang unik utk dicubai...
Selamat Mencuba! :)
No comments:
Post a Comment