Monday, October 3, 2011

Nasi Ayam Cobaan-cobaan

Hari ni tiba2 Acik Na tingin nak makan nasik ayam. Tapi bukan yang dibeli, dibuat sendiri.
Acik Na mengaku yang Acik Na tak penah buat nasik ayam. Apatah lagi utk tahu apa bahan2 yang diperlukan utk nasik ayam ni. 
Bila tengok tenet.. uk alahai.. ada brg yg takde dlm peti ais nun. 
Nak kekedai, Acik Na memang malas sangat nak kuar. Hubby Acik Na lak, nampak tgh bersantai, tak sanggup pula nak suruh dia kuar smata2 nak cari dua tiga benda yang takde. 
So Acik Na bertawakal je lah. Buat Nasi Ayam tapi resepi sendiri dengan menggunakan apa saja bahan yang ada kat rumah. Jadi tak jadi tu,  acik Na bertawakal je lah. Tapi masih berharap supaya ia menjadi! 
Dan alhamdulillah, ia menjadi. Suka betul acik Na. Walaupun bahan2 nya acik Na ubah, tapi rasanya tetap menarik dan keluarga Acik Na sangat2 menyukainya. Alhamdulillah. 
Kat bawah ni resepinya. Acik Na nak jugak tepekkan kat sini sebab acik Na boleh refer smula in the future. Nak2 kalau situasi yang sama acik Na terpaksa face lagi.. hehe...
lagipun prinsip acik Na bila memasak adalah.. kita yang buat dia, So niat supaya apa yg kita wat tu menjadi. Bila memasak ni, hati mau ikhlas okay.  InsyaAllah, masakan yang tak sedap tu akan jadi sedap. 

Ayam goreng

Bahan-bahan:
Ayam sekor (Ayam direbus seketika sebelum ditos utk diperapkan)
kicap satu sudu besar
bawang merah (disagat)
Bawang putih (disagat)
Perasa/garam

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan. Gaul dan perap semuanya untuk seketika. Kemudian digoreng.


Sup 

Bahan-bahan:
Air setengah periuk
Ayam 
bawang putih (dibelah dua)
bawang merah (dibelah 4)
Halia (dihiris)
Daun sup (dihiris)
garam secukup rasa
Perasa

Cara-caranya:
Jerang air didalam periuk
Masukkan kesemua bahan kecuali garam/perasa dan daun sup
Biarkan mendidih.
Keluarkan ayam
Kemudian baru letakkan garam/perasa dan daun sup.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
Beras yang siap dicuci
bunga cengkih
halia (dihiris)
minyak
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
Air sup ayam (1 mangkuk)
Stock ayam (3 sudu)
Air (air tambahan utk pastikan nasi sempurna bila dimasak)

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi (rice cooker)
tumiskan bunga bawang merah, bawang putih, halia dan bunga cengkih
tunggu sampai naik bau
masukkan air sup, air (jika perlu) dan stock ayam
masukkan beras
Tutup periuk nasi
(sila pastikan nasi tidak jelantah. Jika jelantah atau kurang air, isi air panas kedalam nasi dan ditanak semula)

Sos cili

Bahan-bahan:
(Boleh je kalau nak pakai sos thai kalau nak)
atau 
sediakan cili api sedikit
cili kering sedikit
halia sikit
(kesemuanya diblend)
garam
minyak ayam
air limau nipis

Cara-caranya:
goreng bahan yang telah diblend dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadi
bila dah mendidih, masukkan garam dan air limau nipis
biar kan seketika

Sos halia

Bahan-bahan:
Halia muda (disagat halus)
minyak ayam
garam
gula

Cara-caranya: 
Gaulkan kesemua bahan diatas
 Kicap 

Bahan-bahan:
baki bahan perap
kicap 2 sudu besar
minyak ayam
Cara-cara:
baki kicap yg diperap dengan ayam tadi, ditumis
tambah kicap 2 sudu

Bahan-bahan tambahan : Sayur salad, tomato dan timun jepun.

p/s : hasil air tangan masing2 adalah berbeza...gambar kat atas nun, dinner tadi punya. tapi ayam steam ye.. tengahari tadi tak amek gambar pula...hihi

No comments: