Friday, October 7, 2011

NASI UJANG


Bahan-bahan:250gm nasi putih
1 ketul ayam - digoreng
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 sudu makan pes cili api
1 batang serai - diketuk
1 batang daun sup - dihiris
1 sudu makan bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara membuat:1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan serai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan pes cili dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan perasakan.
3. Seterusnya masukkan ayam goreng dan biarkan selama seminit.
4. Angkat dan taburkan bawang goreng dan daun sup

ps: Credit to Majalah Rasa On9 kerana berkongsi menu yang sangat simple dan sedap. I love it ..

Wednesday, October 5, 2011

IKAN TENGGIRI PAPAN MASIN MASAK ASAM

Nampak sedap bukan?
Acik Na tak boleh makan ikan masin, tapi bila tgk resepi ni, serius, Acik Na memang lupa terus pada alahan Acik Na. Sedap sangat nampaknya.
Kalau sempat hari ni, Acik Na nak masak lah resepi ni hari ni.
Wah! Laparnya rasa.....
Terima kasih pada Majalah Rasa Online yang berkongsi idea masakan ini...


Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri papan masin - bersaiz sederhana dan dipotong
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
½ biji lada benggala merah
½ biji lada benggala kuning
½ biji lada benggala hijau
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri papan masin sehingga garing dan angkat. Asingkan.
2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan pula air asam jawa secukupnya. Tambahkan air jika perlu.
4. Seterusnya masukkan lada benggala merah, kuning dan hijau. Kacau rata dan perasakan.
5. Akhir sekali, barulah dimasukkan ikan tenggiri papan masin tadi.
6. Sedia dinikmati bersama nasi putih.

Monday, October 3, 2011

Resepi jimat masa

Salam.
Hari ni Acik Na cuti sebab jaga anak2. Acik Na kalau tak keje, memang suka manja kan anak2 dengan makanan.. kononnya nak suruh anak2 jadi bolat... hehe.. tapi, nampaknya anak2 ikot badan babah mereka. Slim melim. hihi.Takpe lah, janji anak2 Acik Na dapat rasa air tangan Acik Na walaupun sekali skala kan.
So lunch hari ni Acik Na masak sesimple yang boleh.
Acik Na masak hanya menggunakan bahan yang ada dalam peti sejuk.
Orang tua2 kata, seorang perempuan itu cekap memasak bila dia tahu menggunakan apa saja sumber yang ada didalam simpanan mereka untuk memasak walaupun masakan yang mudah... :)

Sup Ikan Merah (Rebusan)

Bahan-bahannya:
Ikan Merah
Air
tomato beri
daun sup
bawang merah (dihiris)
bawang kecil (dihiris)
halia (dihiris)
lobak merah 
garam secukup rasa/perasa

Caranya:
Isi air kedalam periuk
Kemudian masukkan semua bahan diatas kecuali daun sup, lobak dan garam/perasa
Bila dah mendidih baru masukkan baki bahan yang tinggal tadi
Biarkan seketika sebelum tutup api


Sotong goreng cili berlada
Bahan-bahannya:

Cili kering (4 tangkai) - di blend
Cili padi (6 tangkai) - di blend
asam jawa extra (suku sudu teh)
bawang merah (disagat dan dibelah 4)
bawang putih (disagat)
air (stengah gelas)
minyak
Sotong
garam/perasa
Cara-caranya:
Panaskan minyak
kemudian, tumiskan bawang merah dan putih yang telah disagat sehingga naik bau.
Masukkan cili yang telah dimesin tadi
biarkan garing (bukan hangit atau rentung ye)
kemudian masukkan sotong
biarkan seketika
Masukkan air, garam/perasa, asam jawa dan bawang yg telah dipotong 4
Tunggu seketika sehinggalah sotong masak
tutup api dah boleh dihidang

(sambal ni nampak cam pedas, tapi tak pedas pun. Bagi yang tak makan pedas sangat, bolehlah kurangkan jumlah cili atau pun lebihkan bawang merah supaya sambal tadi menjadi kurang pedas. Sedap dimakan dengan nasi panas ataupun dicicahkan dengan roti...)

Selamat mencuba!

ps : Sekali skala makan lauk simple mimple cenggini, memang best...

Nasi Ayam Cobaan-cobaan

Hari ni tiba2 Acik Na tingin nak makan nasik ayam. Tapi bukan yang dibeli, dibuat sendiri.
Acik Na mengaku yang Acik Na tak penah buat nasik ayam. Apatah lagi utk tahu apa bahan2 yang diperlukan utk nasik ayam ni. 
Bila tengok tenet.. uk alahai.. ada brg yg takde dlm peti ais nun. 
Nak kekedai, Acik Na memang malas sangat nak kuar. Hubby Acik Na lak, nampak tgh bersantai, tak sanggup pula nak suruh dia kuar smata2 nak cari dua tiga benda yang takde. 
So Acik Na bertawakal je lah. Buat Nasi Ayam tapi resepi sendiri dengan menggunakan apa saja bahan yang ada kat rumah. Jadi tak jadi tu,  acik Na bertawakal je lah. Tapi masih berharap supaya ia menjadi! 
Dan alhamdulillah, ia menjadi. Suka betul acik Na. Walaupun bahan2 nya acik Na ubah, tapi rasanya tetap menarik dan keluarga Acik Na sangat2 menyukainya. Alhamdulillah. 
Kat bawah ni resepinya. Acik Na nak jugak tepekkan kat sini sebab acik Na boleh refer smula in the future. Nak2 kalau situasi yang sama acik Na terpaksa face lagi.. hehe...
lagipun prinsip acik Na bila memasak adalah.. kita yang buat dia, So niat supaya apa yg kita wat tu menjadi. Bila memasak ni, hati mau ikhlas okay.  InsyaAllah, masakan yang tak sedap tu akan jadi sedap. 

Ayam goreng

Bahan-bahan:
Ayam sekor (Ayam direbus seketika sebelum ditos utk diperapkan)
kicap satu sudu besar
bawang merah (disagat)
Bawang putih (disagat)
Perasa/garam

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan. Gaul dan perap semuanya untuk seketika. Kemudian digoreng.


Sup 

Bahan-bahan:
Air setengah periuk
Ayam 
bawang putih (dibelah dua)
bawang merah (dibelah 4)
Halia (dihiris)
Daun sup (dihiris)
garam secukup rasa
Perasa

Cara-caranya:
Jerang air didalam periuk
Masukkan kesemua bahan kecuali garam/perasa dan daun sup
Biarkan mendidih.
Keluarkan ayam
Kemudian baru letakkan garam/perasa dan daun sup.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
Beras yang siap dicuci
bunga cengkih
halia (dihiris)
minyak
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
Air sup ayam (1 mangkuk)
Stock ayam (3 sudu)
Air (air tambahan utk pastikan nasi sempurna bila dimasak)

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi (rice cooker)
tumiskan bunga bawang merah, bawang putih, halia dan bunga cengkih
tunggu sampai naik bau
masukkan air sup, air (jika perlu) dan stock ayam
masukkan beras
Tutup periuk nasi
(sila pastikan nasi tidak jelantah. Jika jelantah atau kurang air, isi air panas kedalam nasi dan ditanak semula)

Sos cili

Bahan-bahan:
(Boleh je kalau nak pakai sos thai kalau nak)
atau 
sediakan cili api sedikit
cili kering sedikit
halia sikit
(kesemuanya diblend)
garam
minyak ayam
air limau nipis

Cara-caranya:
goreng bahan yang telah diblend dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadi
bila dah mendidih, masukkan garam dan air limau nipis
biar kan seketika

Sos halia

Bahan-bahan:
Halia muda (disagat halus)
minyak ayam
garam
gula

Cara-caranya: 
Gaulkan kesemua bahan diatas
 Kicap 

Bahan-bahan:
baki bahan perap
kicap 2 sudu besar
minyak ayam
Cara-cara:
baki kicap yg diperap dengan ayam tadi, ditumis
tambah kicap 2 sudu

Bahan-bahan tambahan : Sayur salad, tomato dan timun jepun.

p/s : hasil air tangan masing2 adalah berbeza...gambar kat atas nun, dinner tadi punya. tapi ayam steam ye.. tengahari tadi tak amek gambar pula...hihi