Mood memasak datang lagi....Tadi incik buchuk dah nak singgah gerai berhampiran ngan umah... utk apa lagi.. for sure ler utk menapau. Ye lah, wifey buchuk ni kan agak malas sket nak memasak.. hehe... Baik punya parking, tiba2 mulut aku ringan je bersuara
"Patah balik umah terus lah bah"
"nape?"
"tak payah ler beli"
"abes, malam nak makan aper?"
"ayang masak. Goreng je lah spagetti. Spagetti orang melayu..hehe"
"o ye ke..ok je"
"err tp takot tak sedap je.. babah beli je lah apa2 kat sini"
tetiba lak berubah fikiran. Macam ayam melintas daaaa....
"takpe lah.. ayg nak masak, tak kisah apa pun..abg makan je"
"tak sedap nnt? camna..."
"ada ke kata camtu...."
So sampai2 je kat umah, maka mula lah bersilat. Lupa lak nak singgah kedai beli barang sket. Tgk peti sejuk... ermmm.... ok lah. Cincai je lah. Mujur lah incik buchuk seorang suami yang memahami dan tidak kisah dengan jenis masakan. Asal buleh makan sudah....
Campak itu ini, maka terhasil lah - Mixed Fried Spagetti...Cuma menu ni mmg aku tak letak cili lgsg sbb terpk yg anak sulung suka spagetti. Kalo pedas nanti, kesian lak dia. Lada sulah pun tak letak. So aku makan ler bersama....
cili padi kicap...! hihihi.... nugget ikan tu sampingan jer...
Alhamdulillah...buchuk dan anak suka.....
kat bwh ni resepi ye....
Bahan-bahan :
spagetti halus - dicelur
bawang merah dan putih - ditumbuk
sosej daging
fishball
lobak
brokoli
sawi
sos tomato
ikan bilis - ditumbuk
garam
perasa
cara membuatnya:
tumis bahan yg ditumbuk sehingga naik bau
masukkan sos tomato. Kacau2 dlm ms 2 minit
masukkan sayur2an, sosej yg telah dipotong2 kecil dan fishball.
Jgn lupa letak garam dan perasa
Last, Masukkan spagetti yang telah dicelur
Gaul kan semuanya hingga sebati
Tutup api dan boleh lah dihidang
***kuantiti barang, up to uolls nak bape byk... uolls agak2 ler ye. ...alar.. mcm nak goreng mee tu... dan sgt sedap bila dimakan dengan cili potong berkicap tu....uolls buleh ubah bahan2 ikot suka uolls.. nak letak udang xxl ke...xl ke.. L ke... sotong ke... apa2 pun lah, asalkan kena ngan selera uolls ok***
~ Menu ini direka hanya dalam masa 3 minit ye... so, agak simple dan nampak merapu2. kalo tak kena dengan selera uolls atau tidak sedap, tiada kena mengena dengan aii ok...lgpun i mmg tak suka spagetti yg kebaratan tu... maklumlah, tekak i tekak orang melayu..ngeh3x!.~
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment