Monday, December 27, 2010

Udang Masak Lemak Cili Padi bersama Daun Kesum

Ini lauk kegemaranku. Masak lemak cili padi bersama daun kesum. Rasanya? sangat2 lazat. Rasa daun kesum menaikkan rasa 'hebat' pada lauk ini. Petua ni aku dapat dari nenek abg iparku. Orang lama kan. Pasti petuanya itu berbaloi2 untuk diikuti. Cuba lah!


Bahan-bahan :
Udang (Boleh guna ayam, ikan dan daging juga)
Daun kesum
Serai
**Bawang putih
**Bawang merah
**Cili Padi
**kunyit hidup
garam secukup rasa
asam jawa/limau nipis
santan kelapa
serai

(** diblend hingga halus)

Kebiasaan lauk masak lemak cili padi letak belacan,tp aku mmg tak letak belacan sbb tak buleh makan. Sesapa nak letak dipersilakan. Bawang pun seharusnya tak perlu. Tapi untuk mengurangkan rasa pedas, jd bawang adalah penyelamatku.. hehe

 Bahan2 yang di mesin tadi, dimasukkan kedalam periuk. Masukkan serai sekali. Dihidupkan api. Tunggu sehingga mendidih. (Sekiranya pilihan anda adalah daging/ayam, boleh masukkan sekali utk mengempukkan bahan tersebut. Sekiranya ikan atau udang, tidak perlu mengempukkannya.)

Kemudian, pabila didih, masukkan santan. Tunggu dalam 5 minit, baru masukkan bahan lain seperti ikan atau udang. Selang 2 minit, masukkan daun kesum. Kemudian asam/air limau nipis. Garam adalah yang terakhir. Ini untuk mengelakkan dari daging/ayam jadi keras sekiranya dimasukkan awal2.
Pastikan santan tak pecah lemak. Tutup kan api selepas beberapa minit. Siap dihidang untuk dimakan bersama nasi putih.

Nota:
Baki kuah boleh dicecah dengan lempeng garis yang nipis. Sangat2 menyelerakan.

No comments: