Friday, December 31, 2010

Mushroom Soup

Bahan-Bahan :
Susu Segar/Susu rendah lemak (500 mililiter)
Cendawan Tin (potong kecik2)
Tepung gandum (utk memekatkan)
garam
kiub ayam
Air ( 1 liter)
Black or white pepper

Cara Membuatnya :
  1. Masak air dalam periuk sehingga mendidih. 
  2. Air dah mendidih, masukkan susu, cendawan, garam.
  3. Tepung gandum yang dah dibancuh dengan air suam, dimasukkan sekali dalam periuk tadi
  4. bila mendidih, masukkan kiub ayam.
  5. Jaga sup supaya tidak berketul
  6. Akhir sekali masukkan black atau white pepper tadi...itu pun kalau nak pedas lah.
Sedap dimakan panas2 bersama garlic bread.....atau dimakan begitu saja. 

Monday, December 27, 2010

TIPS : Lembutkan daging ayam tua

Ayam tua? buat apa ayam tua kalau ada ayam muda??
Eh eh ... jgn tak tau.. mak mak kita kat kampung atau yang dah tua tu (tp tak tau lah mak uolss ye).. mmg suka ayam tua terutama kalau ayam tua ni dibuat rendang. Sangat2 sedap. Aku mmg tak tau caranya sblm ni. penah dengar mcm2 sbenarnya, tp satu pun aku tak ingat. hehe...
Aku baru dpt satu petua ni yang diajar oleh MIL aku.
Caranya amat mudah. Setelah dipotong2 ayam tersebut, perap ayam tersebut dengan NENAS. Tp jangan lama2. Paling lama 10 minit. Jika lebih dari 10 minit, alamatnya daging ayam tua tu akan hancur bila time dimasak nanti...
So ingat betul2 ya.. kurang dari 10 minit..... Selamat mencuba!

Udang Masak Lemak Cili Padi bersama Daun Kesum

Ini lauk kegemaranku. Masak lemak cili padi bersama daun kesum. Rasanya? sangat2 lazat. Rasa daun kesum menaikkan rasa 'hebat' pada lauk ini. Petua ni aku dapat dari nenek abg iparku. Orang lama kan. Pasti petuanya itu berbaloi2 untuk diikuti. Cuba lah!


Bahan-bahan :
Udang (Boleh guna ayam, ikan dan daging juga)
Daun kesum
Serai
**Bawang putih
**Bawang merah
**Cili Padi
**kunyit hidup
garam secukup rasa
asam jawa/limau nipis
santan kelapa
serai

(** diblend hingga halus)

Kebiasaan lauk masak lemak cili padi letak belacan,tp aku mmg tak letak belacan sbb tak buleh makan. Sesapa nak letak dipersilakan. Bawang pun seharusnya tak perlu. Tapi untuk mengurangkan rasa pedas, jd bawang adalah penyelamatku.. hehe

 Bahan2 yang di mesin tadi, dimasukkan kedalam periuk. Masukkan serai sekali. Dihidupkan api. Tunggu sehingga mendidih. (Sekiranya pilihan anda adalah daging/ayam, boleh masukkan sekali utk mengempukkan bahan tersebut. Sekiranya ikan atau udang, tidak perlu mengempukkannya.)

Kemudian, pabila didih, masukkan santan. Tunggu dalam 5 minit, baru masukkan bahan lain seperti ikan atau udang. Selang 2 minit, masukkan daun kesum. Kemudian asam/air limau nipis. Garam adalah yang terakhir. Ini untuk mengelakkan dari daging/ayam jadi keras sekiranya dimasukkan awal2.
Pastikan santan tak pecah lemak. Tutup kan api selepas beberapa minit. Siap dihidang untuk dimakan bersama nasi putih.

Nota:
Baki kuah boleh dicecah dengan lempeng garis yang nipis. Sangat2 menyelerakan.