Saturday, February 26, 2011

Ikan Keli Masak Lomak Cili Api.....

 

bahan2nya:
  1. ikan keli - make sure cuci bersih2
  2. santan
  3. cili padi
  4. kunyit idop
  5. serai
  6. blacan
  7. limau nipis
  8. garam secukup rasa
  9. daun kesum
Cara2nya:
  • cili padi diblend bersama kunyit idop dan blacan. kunyit sikit je k.
  • masukkan dlm piok. idopkan api.
  • serai yg dah dititik dan ikan dimasukkan skali.
  • biarkan seketika
  • bila kuah mendidih, masukkan santan satu mangkok atau satu stengah kotak. Ikot suka nak pekat atau tak. 
  • Tunggu mendidih. Kacau perlahan2 kuah tu utk elakkan ikan hancur.
  • masukkan daun kesum
  • masukkan garam
  • perah limau nipis. Ikot rasa. Nak masam sket, nak sedang2 je... ikot suka lah ye
  • tutup api.
  • Dah buleh dihidangkan...
TIPS :
  1. Guna daun kesum dlm masakan ni. Sangat2 sedap dan berbeza rasanya.
  2. Nak tambah perasa buleh kalo rasa tak yakin ngan rasa masakan anda tu.. ehehe....
  3. Make sure ikan keli tu dah basuh sebersih2nya...kalo tak, lauk tu rasa hanyir lak nanti
  4. Cuci ikan keli tu guna sabun... eh eh..tak.. haha... guna limau nipis dan garam.
  5. Bagi yang tak buleh makan blacan cam aku... tak payah ler letak blacan pun takpe...tp kalo nak langgar pantang cam aku jugak, makan ler... akibat, sendiri tanggung ok...

No comments: