Assalammualaikum...
Dah lama giler Acik Na tak turun ke dapur ni... maklumlah, Acik Na sibuk ngan kerjaya.. Hehe.. ye lah sangat2 tu kan....
Hari ni Acik Na nak luangkan masa dalam 3, 4 minit kat sini...Tak leh lama2 kat sini sbb Acik Na in the middle membuat Brochure utk business kecil-kecilan Acik Na.. :)
Hari ni Acik Na nak kongsi petua sebenarnya.
Selalunya kalau masak rendang ayam ke.. masak lemak cili padi ke... guna ayam kampung mmg jadi pilihan Acik Na.. Sbb ayam kampung beza rasanya dari ayam daging... Ayam kampung ni kurang sikit lemak berbanding ayam daging yang gemuk2 tu kan..Cuma kalau nak lagi sedap, kita guna ayam tua atau dlm erti kata lain, ayam dah pencen. Kiranya Otai lah kan...
Tapi satu je masalah nya bila masak guna ayam pencen ni.. dagingnya agak liat...susah nak kunyah..nak makan dan sebagainya...
So kalau anda semua masih berminat n masih mencari jalan untuk melembutkan daging ayam tua ni dlm masa yg singkat, apa yang anda semua perlukan adalah Nenas masak dan ayam tua tu lah kan. Nenas ni tak yah banyak-banyak.. dpt 1/2 biji pun dah cukup. potong-potong nenas tu ikot suka... kemudian perap ayam menggunakan nenas tu.. tapi AWAS ye.. JANGAN lama2 sgt.. Kalau boleh kurang dari 10 minit.. sebab kalau lama sgt, daging ayam tu akan hancur..sbb dah terlalu lembut...
Bila waktu dah cukup, BILAS ayam tu dengan air bersih. Jgn lak lupa selawat... :)
Lepas tu anda boleh lah mula memasak. InsyaAllah, ayam tu lembut dan tak liat/keras.
Selamat Mencuba!
Ps : Boleh juga digunakan untuk melembutkan daging.. :)
No comments:
Post a Comment