Friday, September 30, 2011

Mix Salad Acik Na

Mix Salad Acik Na

AcikNa tau salad ni senang sangat dibuat. Kalo tak bgtau camna nak buat pun, korang tentu boleh buat punya.
Tapi memandangkan dapur acik Na ni dah lama tak berasap, so acik Na tepekkan juga resepi mudah ni kat sini. At least, berasap lah sket dapor Acik Na ni kan.. hehe...

Bahan-bahannya adalah:
Daun Salad
Timun jepun
baby tomato
sosej
meatball
udang segar
Thousand island
cili jeruk/ buah zaitun yg telah dijerukkan
Bawang goreng

Cara-caranya:
  1. Daun salad di potong ikot saiz yg digemari. Kalo malas, 'penggal' je daun salad tu dengan tangan. hehe
  2. Timun jepun di potong besar jari. Tapi kalo nak potong bulat atau dadu pun buleh.
  3. Letak kan dalam satu mangkuk kesemuanya termasuk baby tomato.
  4. Sosej, meatball dan udang segar direbus seketika sebelum dipotong dan dimasukkan kedalam mangkuk tadi.
  5. Masukkan juga cili jeruk/buah zaitun sedikit kedalam mangkuk tersebut
  6. Letak Thousand Island sedikit. (Nak byk pun boleh. Ikut suka)
  7. Gaulkan semua.
  8. Nak lagi sedap, masukkan bawang goreng sedikit. Memang yummy.
selamat mencuba!

Sunday, September 18, 2011

Resepi oh resepi...!

Salam.

Dah lama Dapur Kayu Acik Na sepi. Bukan tak berasap.. berasap je...cuma, tak sempat nak kongsi kat sini.
Tak kira la, ada atau tak pengunjung kat Dapur Kayu Acik Na ni.. Acik Na tetap bersemangat nak tepek dan kongsi resepi yang menjadi kegemaran dan kerajinan Acik Na untuk membuatnya.
Cuma, buat masa ni....Acik Na masih tak sempat nak membuat N3 je lagi.
Some more, Acik Na lupa utk amek gambar Menu yg Acik Na buat! Tau-tau je... dah habis.. hehehe...

Kalo menu yang Acik Na rujuk dari mana2 majalah, internet atau pun akhbar... pun ada gak. TP tetap tak berkesempatan nak kongsi kat sini.

Nanti2 lah ye... Bila berkesempatan aje... byklah menu2 yang akan tertepek kat sini.

Sehingga itu... Tata!